26.9.12

AURAT FERRARI

Aurat wanita ibarat kereta Ferrari.
360 Spider, 550 Barchetta, F430, SA APERTA, 612 Sessanta atau apa saja modelnya.

Pemilik kereta membawa ke mana saja.Keliling kota atau desa.Parking dan berhenti di mana-mana.


Luarnya (design) kereta itu sangat cantik, menarik pemandangan mata memandang, warna yang mengancam, berkilat, setiap inci diteliti.Side mirror, lampu depan, lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan.Oh, kau sangat bergaya dan menawan.

"Kalau lah aku dapat kereta ni...Perrrghhh AWESOME!" Sambil mengetap bibir tanda geram, setiap mata memandang berdialog diam-diam.Membayangkan kereta itu jadi kepunyaan.

Ya, kereta itu jadi perhatian.Kadang-kadang rimas.Tapi pemilik kereta sedikit bangga.Kereta mahal katakan...

Itu baru luarnya kereta Ferrari.

Dalamnya (interior)?

Pemilik kereta membuka pintunya pula.


Ada mata yang cuba-cuba meninjau.Menjengah kepala mencari ruang untuk melihat isi dalam kereta itu.


"Kalau luaran pun dah awesome,dalaman mesti banyak functions."

"Perrrghhh!"
"Kalau aku dapat drive sekejap pun jadilah."

Sekali lagi angan sangkaan Si Pemerhati.






Mana tidaknya, luas dalaman kereta itu pun sudah selesa, tempat dudukya diperbuat daripada kulit lembut yang berkualiti tinggi (high quality soft leather), sound system yang Uumphh.Tengah leka explore seluruh isi dalam kereta, mata tertarik pada dashboard pula.Tachometers, horn, engine start button, steering wheel,setup switch, optional paparan LCD dan banyak lagi functions on the dashboard dalam kereta itu.Geram, rasa nak tekan-tekan semua, nak tengok function kereta ini macam mana.

Alah...You know ferrari, right?

Kalau nampak depan MidValley Megamall orang sanggup berhenti snap gambar.Kalau tidak sekalipun, orang snap curi-curi.Upload dalam facebook, twitter.
Caption : "Terbaik der!!.Kau ada...??"

 Lumrah kereta mahal.

Tapi...
Apakata kalau pemilik kereta itu cuba menggunakan car cover, kain lebar atau apa saja untuk menyelubungi atau selagi tidak mahu menampakkan kereta mahal itu?

Adakah kereta itu akan jadi perhatian?
Adakah setiap perincian kereta itu dapat ditelitikan?
Warnanya, kilatnya, bentuknya, kedudukan lampunya, cantik atau tidak, fungsinya.
Adakah kereta itu menjadi khayalan imaginasi 'Si Pemerhati'?

Jangankan kereta Ferrari, kalau kereta Kancil enjin berkuasa turbo pun orang akan jeling sikit-sikit. 




Macam itu juga aurat wanita,
Di bawa ke mana oleh badan bernyawa,
Ada pemerhati galak matanya,
Mencari ruang untuk 'meneroka',
Hati-hati dengan nafsu mereka,
Tolonglah wahai kaum hawa, tolong jaga,
Betapa mahalnya nilai diri anda.






"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik."   
(Al A'raf: ayat 26)


oleh NurulShamsudin

also can read this article of mine at iluvislam.com

6.8.12

YA RASULULLAH


Ya Rasulullah,
aku datang menziarahi masjid tempatmu bersemadi,
aku datang kerana rindu dan cinta padamu kekasih Allah,
aku datang kerana ingin beribadah di masjid mulia ini,
kerna pahala solat di masjid ini 1000x lebih baik daripada solat di masjid lain,
terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah ini.




Ya Rasulullah,
tatkala pertama kali menjejakkan kaki di masjid Nabawi ini,
dadaku sebak, air mata jatuh bercucuran,
teringat kisah pahit getir hidupmu,
seorang Nabi yang terlalu banyak berkorban untuk kami,
kau sering dicaci dan dikeji kerana Islam,
kau pernah diludahi kerana Islam,
kau pernah dilempari najis unta sewaktu solat kerana Islam,
kau pernah dipulaukan selama 3 tahun kerana Islam,
kau pernah dilontari batu di Taif kerana Islam,
kau pernah terluka di medan Uhud kerana Islam,
darahmu pernah mengalir membasahi bumi,
namun kau tetap tabahkan hati
mulianya hatimu wahai pesuruh Allah,
luhurnya budimu kekasih Allah,
sedang aku???
seorang umat yang penuh dosa,
sering lalai dengan dunia,
selalu menginginkan kesenangan semata,
maafkan umatmu ini Ya Nabiyullah,
maafkan aku Ya Rasulullah...



oleh najahamdan

18.7.12

"AKU TAK PUAS HATI"


Kadang2 kes2 'TIDAK PUAS HATI', datang menyinggah 'sibuk' dalam hidup saya.Apa yang selalu saya lakukan?


DOA : Berdoa supaya saya tidak jadi seperti ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu atau pun berdoa supaya ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu akan berubah.Doa yang baik-baik untuk mereka.

SENYUM : Yes, smile like this :) Tak perlu nak bermasam muka sebab, ok what ada orang ambil kisah tentang kehidupan saya chill je lah!Bangga tau.

AMARAN : Saya melarang diri saya sendiri untuk tidak mengeUPDATE di FACEBOOK atau di TWITTER tentang ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu dan juga saya melarang diri saya untuk tidak membalas ke-tidak-puasan-hati ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu dengan butiran peluru makian, cacian, marah dan sebagainya.

BUAT TAK TAHU : Untuk mengelakkan pembaziran tenaga, masa, kerjaya dan masa hadapan lebih baik buat tak tahu.Daripada layan ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu, lebih baik main game angry bird ataupun baca 'surat cinta'.Tenang sikit.

#Pantang tengok orang makan choki choki, TAK PAUS HATI
#Pantang tengok orang nak berubah jadi baik, TAK PUAS HATI
#Pantang tengok orang muka cantik, TAK PUAS HATI
#Pantang tengok orang naik kereta lembu, TAK PUAS HATI
#Pantang tengok orang disayangi, diminati ramai, TAK PUAS HATI

Senang cerita, ada kelebihan walaupun sebesar jerawat dimuka, orang akan TIDAK PUAS HATI.Sehinggakan perkara tersebar dan digaul sesedap rojak dari cerita sebenar.Aneh bukan kes TAK PUAS HATI?

Bila dapat tahu,
Saya, angkat kaki, usah peduli, senyum diam diri, buat hal sendiri, fokus pada menyayangi diri ini, nanti sudah penat ORANG YANG TIDAK PUAS HATI, pandai-pandai dia diam diri, just berdoa supaya dia lembut hati.

*Saya tidak akan pernah sesekali mencuba untuk memuaskan hati manusia kerana hakikatnya manusia tidak akan pernah berpuas hati.

oleh NurulShamsudin 

6.5.12

HAPPY BIRTHDAY SHOULD BE THANKS MOM AND DAD


Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Illahi aku panjatkan rasa kesyukuran yang amat sangat kerana Allah memberi aku lagi peluang untuk 'exhale and inhale' udara totally nikmat yang Allah beri percuma.I've wondered if Allah charge for each exhaled or inhaled of us? Subhanallah.. Bersyukurlah setiap nikmat yang Allah beri walaupun dengan ucapan Alhamdulillah..


Happy Birthday 2 me today,
Seperti 2 3 4 tahun yang lepas,macam biasa tiada sambutan untuk 'birthday gurl' ni even birthday party pun ;) (dah besar so, no need la sume 2) Mungkin duduk rumah sambil makan kuaci je kowt untuk hari ini? or keluar pergi beli hadiah sendiri??heh... annoying! Dulu time budak-budak,bila hari jadi is 'around the corner', mesti pikir, "hadiah ape la yang aku dapat nanti" or "berape ramai la orang yang wish aku nanti" or "ibu ayah bagi hadiah ape la nanti" dan macam-macam lagi.

Tanpa aku sedar dan sekarang aku sedar,
Sebenarnya benda-benda mengarut tu semua tak penting pun. Rasa nak tampar-tampar je muka aku yang comel ni. Kenapa la tak sedar dari dulu lagi. Setiap kali tibanya hari kelahiran kita orang yang patut kita celebrate ialah....

IBU AYAH MAK ABAH MUMMY DADDY UMMI ABI MOM DAD MAMA PAPA kitaaaa!!!!!!!!!!!!! dan segala apa la yang kalian gelar orang yang bersusah payah melahirkan dan menjaga kalian waktu kalian lahir di dunia ni.

YES, bukan diri aku/kalian sendiri. Kita yang patut beri mereka hadiah. Kita yang patut celebrate mereka pada hari kelahiran kita. Sebab musabab yang aku dah kaji sendiri..(budak tadika pun bole kaji -_-" )

IBU : Bersusah payah mengusung perut yang makin lama makin berat + melahirkan kita sehingga mempertaruhkan nyawanya tersendiri.

AYAH : Berhempas pulas, kelam kabut menguruskan persiapan kelahiran kita + bekerja keras untuk membesarkan kita.

IBU+ AYAH : Berjaga malam + bersengkang mata even penat sanggup bangun buat susu masa kita menangis kelaparan.

KITA : Pada hari kelahiran kita sendiri ? kita tak buat apa-apa pun... yang kita tahu, dokter tepuk punggung then kita melalak. uweekk... uweekk... 

So, apalagi alasan untuk kita tidak meraikan dan memberi mereka hadiah?

Kalau tak mampu beri hadiah yang mahal-mahal, 'hadiah'kanlah mereka dengan Al-fatihah dan Yassin even for those yang tiada IBU AYAH MAK ABAH MUMMY DADDY UMMI ABI MOM DAD MAMA PAPA lagi kat dunia ni.. Itulah semahal-mahal hadiah dari seorang anak.

Kalau duduk dekat dengan ibu ayah lagi best. Boleh peluk cium. Kalau jauh,mana-mana kalian yang berada di AUSTRALIA ke, BRUNEI ke, EGYPT, FINLAND, INDONESIA, JORDAN, SINGAPORE, SWEDEN, US, UK, ZAIRE, CANADA asal boleh nak senarai 195 buah negara dalam dunia boleh buat call, skype ada, YM pun ada. Zaman dah moden macam-macam ada :) 
"Ya Allah Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil" Amin ya Rabbal Alamin....

Terima Kasih IBU sebab lahirkan saya, Terima Kasih AYAH sebab bersusah payah membesarkan saya, Terima Kasih kerana bersabar.Terima Kasih.Terima Kasih.Terima Kasih.


"Apabila tibanya Hari ulangtahun kelahiran, bukan masa untuk kita berseronok/ber'birthday party, namun harus kita bermuhasabah diri ke arah kebaikan kerana bila tibanya hari lahir maka kesempatan kita di dunia ni menjadi semakin tipis. Usia semakin singkat. Masa yang ada akan menjadi lebih terbatas. Jadi hargai masa yang ada dan jadikan masa yang ada itu untuk mengumpul pahala/amalan apabila 'berkampung' di akhirat kelak. Jadikan ia saat manis kita bersama untuk ke syurga." muslimahoptimis

we are not forever young

oleh NurulShamsudin