18.7.12

"AKU TAK PUAS HATI"


Kadang2 kes2 'TIDAK PUAS HATI', datang menyinggah 'sibuk' dalam hidup saya.Apa yang selalu saya lakukan?


DOA : Berdoa supaya saya tidak jadi seperti ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu atau pun berdoa supaya ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu akan berubah.Doa yang baik-baik untuk mereka.

SENYUM : Yes, smile like this :) Tak perlu nak bermasam muka sebab, ok what ada orang ambil kisah tentang kehidupan saya chill je lah!Bangga tau.

AMARAN : Saya melarang diri saya sendiri untuk tidak mengeUPDATE di FACEBOOK atau di TWITTER tentang ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu dan juga saya melarang diri saya untuk tidak membalas ke-tidak-puasan-hati ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu dengan butiran peluru makian, cacian, marah dan sebagainya.

BUAT TAK TAHU : Untuk mengelakkan pembaziran tenaga, masa, kerjaya dan masa hadapan lebih baik buat tak tahu.Daripada layan ORANG YANG TIDAK PUAS HATI dengan saya itu, lebih baik main game angry bird ataupun baca 'surat cinta'.Tenang sikit.

#Pantang tengok orang makan choki choki, TAK PAUS HATI
#Pantang tengok orang nak berubah jadi baik, TAK PUAS HATI
#Pantang tengok orang muka cantik, TAK PUAS HATI
#Pantang tengok orang naik kereta lembu, TAK PUAS HATI
#Pantang tengok orang disayangi, diminati ramai, TAK PUAS HATI

Senang cerita, ada kelebihan walaupun sebesar jerawat dimuka, orang akan TIDAK PUAS HATI.Sehinggakan perkara tersebar dan digaul sesedap rojak dari cerita sebenar.Aneh bukan kes TAK PUAS HATI?

Bila dapat tahu,
Saya, angkat kaki, usah peduli, senyum diam diri, buat hal sendiri, fokus pada menyayangi diri ini, nanti sudah penat ORANG YANG TIDAK PUAS HATI, pandai-pandai dia diam diri, just berdoa supaya dia lembut hati.

*Saya tidak akan pernah sesekali mencuba untuk memuaskan hati manusia kerana hakikatnya manusia tidak akan pernah berpuas hati.

oleh NurulShamsudin